CINTA PERIBADI
AHAD, 8 JULAI 2016, 9.50 PM
CINTA PERIBADI
Seurat ikal itu yang terlabuh di bahu kamu
telah aku ambil secara curi dan ku selit rapi
di celahan dada maka di saatnya ku rindu
dapat ku ambil secara peribadi danku puja sepi.
Dalam terdekat ini akan aku diamkan engkau
di antara malam nan hanyut kamu di mimpi
kerana semoga itu lelap terakhir kau igau
dan betapa molek, teramat dengan aku ini.
Matilah di hujung kuku ini, kekasih
dunia terlalu tidak memahami.
#PuisiTepiJalan
#Ms Panda ~
#HatiMestiKental
Posted at 7:00 am | 0 comments